Jangan mencaci sesama kita
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki
sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di
hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi
s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila
orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab
akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah,
bangun, lalu meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya
Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap
duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya,
seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki
orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat
itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku
tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku
meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)
===========
Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah? Sebanyak mana
keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih
mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang
Allah jauh lebih luas daripada itu.
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan
marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.
Ketika menghadapi kesempitan rezeki
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah
s.a.w bersabda: Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya
kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu
tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki
kemudian dia meminta kepada Allah, maka Allah akan menyediakan kepadanya
rezeki dengan segera, sama ada cepat atau dilambatkan sedikit.
(Hadith riwayat Tirmizi)
►Diposting oleh
:Jefry Punya
:
di
01.15
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
2 komentar:
mantap dah......buat sobat jefry yang udah mau memperbaiki blognya... semangat terus kawan.....
ok bg boss... thanksss....
:14 :15 :16 :17
:18 :19 :20 :21
:22 :23 :24 :25
:26 :27 :28 :29
:30 :31 :32 :33
:34 :35 :36 :37
:38 :39 :40 :41
:42 :43 :44 :45
:46 :47 :48 :49
:50 :51 :52 :53
:54 :55 :56 :57
:58 :59 :60 :61
:62 :63
Posting Komentar